top of page

Ciri-ciri Cloud Computing - Bahagian 3 -

Updated: Mar 5, 2019

Terdapat 5 ciri utama cloud computing. Antaranya ialah :


On demand self-services (kebolehan melakukan servis sendiri)

- Perkhidmatan komputer seperti email, aplikasi, rangkaian, atau perkhidmatan server boleh dilakukan tanpa melibatkan manusia, bergantung kepada pembekal perkhidmatan.


Broad network access (capaian rangkaian yang luas)

- Kebolehan cloud ialah mudah diakses melalui rangkaian. Ia juga boleh diakses melalui telefon mudah alih, komputer riba dan PDA.



Resource pooling (Pengumpulan sumber)

Sumber komputer dari pelbagai pembekal dikumpulkan bersama dan menggunakan model multiple-tenant, dengan sumber virtual dan fizikal yang berbeza secara dinamik diberikan dan ditugaskan semula. Ia bergantung kepada permintaan pengguna.



Rapid elasticity

- Perkhidmatan awan (cloud service) boleh diperuntukan secara cepat dan elastik supaya perkembangan luaran yang cepat dan keluaran yang pantas untuk memastikan perkembangan dalaman yang cepat. Kemampuan peruntukan terkini secara amnya muncul tiada had untuk pengguna dan boleh dibeli dengan pelbagai kuantiti pada bila-bila masa.



Measured service (Perkhidmatan yang boleh diukur)

- Penggunaan sumber cloud computing boleh diukur, dikawal, dan dilaporkan dan menyediakan ketelusan bagi pembekal dan pengguna perkhidmatan yang digunakan. Perkhidmatan cloud computing menggunakan meter yang boleh mengawal dan mengoptimumkan penggunaan sumber.



Comments


Contact Us

Success! Message received.

Our Office :

OSI SOLUTIONS

20-2 Jalan Opera G U2/G,

Taman TTDI Jaya,

40150 Shah Alam,

Selangor Darul Ehsan

Tel : 603 7846 3080 , 03 7840 0807

Email : info_osi@osi.com.my

Training Centre & Exam Centre : 

OSI SOLUTIONS

20-1 Jalan Opera G U2/G,

Taman TTDI Jaya,

40150 Shah Alam,

Selangor Darul Ehsan

bottom of page