Dalam dunia perniagaan yang sangat kompetitif hari ini, Cloud Computing menawarkan beberapa penyelesaian kos yang efektif, tanpa mengira saiz organisasi.
Keupayaan untuk mengaktifkan dan menghentikan sumber seperti yang diperlukan, mengemas kini elemen infrastruktur secara dinamik, dan memindahkan beban kerja (workload) untuk meningkatkan kecekapan, tanpa perlu risau mengenai infrastruktur yang baru untuk setiap permohonan.
Semua pada harga yang berpatutan, disokong oleh pakar tanpa dikenakan kos tambahan. Siapa yang tidak mahukan kelebihan seperti ini?
Jika anda ialah organisasi dengan aplikasi legasi, yang mencari skalabiliti segera dari penyelesaian cloud, pertimbangkan ini.
Walaupun organisasi tahu bahawa kelebihan yang ditawarkan cloud computing tidak boleh di persoalkan lagi, dan memutuskan untuk menjalankan aplikasi mereka pada cloud (public atau private). Contohnya, sesebuah organisasi menjalankan aplikasi di Microsoft Windows Azure atau menggunakan pakar virtualisasi, ini tidak bermakna aplikasi tersebut boleh diskalakan seperti di Microsoft.com.
Dalam memanfaatkan skalibiliti, kelajuan dan kebolehpercayaan cloud, aplikasi mesti dibina diatas cloud-enabled platform.
Jika anda tidak mampu berbelanja lebih untuk cloud computing ini, dan manfaat utama yang anda cari ialah skalabiliti, pertimbangkan pilihan anda.
Jika anda ialah sebuah organisasi besar yang ingin menggunakan cloud kerana ingin menjimatkan kos, perlu diingatkan bahawa, kos public cloud memang rendah pada awalnya, tetapi akan ada kos yang sedang berjalan (ongoing cost).
Bergantung kepada penggunaan cloud, anda mungkin dapat melihat penjimatan kos ini atau mungkin tidak dapat melihat kepada penjimatan kos ini. Juga perlu diingatkan bahawa anda akan terus membayar kos yang ditetapkan, tanpa menambahkan aset atau nilai pelaburan kemudahan anda menyusut.
Organisasi yang memerlukan tadbir urus yang ketat untuk menguruskan sumber IT mereka, mungkin melihat bahawa cloud tidak sesuai untuk semua keperluan komputer mereka.
Σχόλια